January 25, 2025
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA melalui ujian khas bacaan Al-Fatihah dan Fardhu Ain. Inisiatif ini adalah langkah yang amat bertepatan bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran teknikal tetapi turut memiliki asas agama yang kukuh.
PKPIM menekankan betapa pentingnya melahirkan generasi pelajar yang holistik, seimbang dalam pembangunan intelektual, spiritual, dan akhlak. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik yang mampu mencorakkan sahsiah unggul generasi muda yang menjadikan nilai-nilai Islam sebagai teras panduan hidup. PKPIM menyokong penuh cadangan ini kerana:
PKPIM yakin bahawa inisiatif ini akan menjadi pemangkin transformasi kepada pelajar GiatMARA, melahirkan individu yang bukan sahaja unggul dalam kemahiran teknikal, tetapi juga menjulang nilai tanggungjawab, integriti, danakhlak terpuji sebagai aset berharga kepada masyarakat dan negara.
PKPIM menyeru institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menjadikan inisiatif ini sebagai model terbaik dalam mencetuskan anjakan paradigma, demi membina karakter pelajar dan mahasiswa yang unggul, selaras dengan aspirasi luhur gagasan Malaysia MADANI.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan menunjukkan ...
Dalam hidup, kita sering memilih antara rasional atau emosional. Rasional berpandukan logik, manakala emosional berasaskan perasaan. Kedua-duanya penting - rasional memastikan ketepatan, sementara emosi membina hubungan. Islam menekankan wasatiyyah, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Syria baru sahaja mengalami gelombang perubahan yang signifikan. Diktator sudah jatuh, Kebebasan serta harapan kini terbentang luas di hadapan mata. Namun, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh negara ini dalam mencapai kemakmuran serta kedamaian yang dicari. Selamat membaca
Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.
Syed Syeikh al-Hadi ialah reformis Islam yang memperjuangkan pendidikan moden, pemikiran rasional, dan hak wanita. Melalui madrasah, penerbitan, dan sastera, beliau membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam pada awal abad ke-20.
Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat,