January 19, 2025
Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan
menunjukkan nilai empati yang sewajarnya terhadap golongan terpinggir.
Saya melihat insiden ini sebagai satu pengajaran pahit yang memerlukan tindakan segera. Golongan OKU tidak seharusnya menjadi sasaran kekerasan, walaupun dalam situasi di mana mereka mungkin melakukan kesilapan. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa pandangan dan saranan kepada masyarakat, pihak berkuasa, dan semua pihak berkepentingan:
Oleh itu, semua pihak perlu bersama-sama menangani isu ini dengan lebih serius. Kekerasan terhadap golongan OKU bukan sahaja mencabar nilai kemanusiaan, tetapi juga menguji sejauh mana kita benar-benar peduli terhadap golongan yang paling memerlukan sokongan.
Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih adil, penyayang, dan inklusif demi kesejahteraan semua.
Hidup Biar Berjasa!
ANIS ARISSA BINTI MOHAMAD ANIZAR
Exco Generasi Muda Prihatin
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.
Tiada kata lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan sikap yang ditampilkan oleh seorang menteri dalam insiden baru-baru ini selain daripada kedunguan dalam berurusan dengan media.
Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius kontroversi yang timbul susulan kandungan siaran radio yang didakwa menyinggung sensitiviti agama. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia harus terus menjadi tanah yang subur dengan nilai hormat-menghormati serta
Syed Syeikh al-Hadi ialah reformis Islam yang memperjuangkan pendidikan moden, pemikiran rasional, dan hak wanita. Melalui madrasah, penerbitan, dan sastera, beliau membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam pada awal abad ke-20.