November 06, 2025
Jutawan vs marhaen
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehinggakan ada yang menganggapnya tidak mampu melepasi pemilihan calon datuk bandar New York daripada Parti Demokrat. Beliau menghadapi banyak tentangan terutamanya daripada pencabar terkuat iaitu Andrew Cuomo yang merupakan mantan Gabenor New York yang terpaksa meletak jawatan pada tahun 2021, disebabkan oleh dakwaan gangguan seksual.
Namun, segalanya berubah pada pemilihan calon datuk bandar New York pada 24 Jun lalu di mana Mamdani mencipta kejutan dengan memenangi pemilihan tersebut apabila memperoleh undian sebanyak 56% berbanding Cuomo sebanyak 43%. Semestinya ini merupakan suatu kejutan yang sangat besar memandangkan Cuomo merupakan calon kegemaran yang dijangka bakal memenangi pemilihan ini dengan mudah disamping disokong oleh jutawan New York. Namun itu berubah saat pemilihan tersebut. Dan ini semestinya memberi suatu nafas yang baharu kepada golongan kiri dan progresif dalam parti Demokrat yang berjuang untuk membina semula parti selepas kekalahan teruk kepada Republikan dalam pilihan raya Presiden 2024. Kemenangan ini bukan sekadar soal Mamdani menentang Cuomo sahaja, tetapi ia melibatkan kemenangan antara politik yang dibiayai oleh jutawan dan politik yang tumbuh dari akar marhaen.
Semalam, telah terciptanya suatu rekod yang baharu di mana Zohran Mamdani telah memenangi pilihan raya Datuk Bandar New York menewaskan Andrew Cuomo serta Curtis Sliwa. Meskipun Cuomo cuba melakukan kejutan pada saat-saat akhir melalui dukungan Trump serta jutawan lain seperti Elon Musk, namun majoriti menolak politik perkauman dan elitism yang mengelilingi Cuomo sepanjang kempen kali ini. Bagi mereka, New York memerlukan pemimpin yang berani melawan sistem demi memberi kesejahteraan kepada rakyatnya, bukan tunduk kepada individu-individu tertentu.
Sebenarnya, ia merupakan suatu fenomena yang baharu yang belum pernah terjadi di AS sejak kebelakangan ini. Dalam akhbar The Guardian, Nesrine Malik menjelaskan bahawa kemenangan Mamdani dalam pemilihan calon Parti Demokrat pada Jun lalu menunjukkan dua sisi kepada kita semua.
Dalam satu sisi, seorang pemuda dengan semangat progresif dan melabelkan dirinya sebagai demokrat sosialis berjaya menewaskan golongan tua ‘establishment’ moderat, liberal, centrist dan disokong oleh jutawan. Di sisi lain pula, terdapat kecaman serta ucapan-ucapan yang berbaur perkauman seperti Marxist, Islamofobia, dan pengganas sehinggakan ada yang mendakwa kemenangan Mamdani merupakan suatu kemenangan yang mengerikan. Disamping itu juga, ada suara-suara ekstrem yang mendakwa kemenangan Mamdani ini sebagai salah satu bentuk ‘pengambialihan Kota New York oleh seorang Muslim dan anti yahudi’. sampai ke tahap itu mereka menyebarkan naratif sedemikian bagi menimbulkan ketakutan dalam masyarakat New York.
Namun, kecaman ataupun ‘ketakutan’ yang paling ketara disebarkan oleh penentang Mamdani ialah beliau merupakan seorang demokrat sosialis. Bagi penentangnya, istilah tersebut membawa maksud kepada komunisme dan Mamdani dilihat akan mentadbir Bandar New York seperti China, Cuba dan Vietnam. Ramai orang yang keliru bahawa demokrat sosialis dan komunis merupakan dua perkara yang berbeza.
Demokratik sosialis merupakan suatu ideologi politik yang menggabungkan antara prinsip demokrasi dan sosialisme. Ini berbeza dengan sosialisme tradisional yang diamalkan di negara-negara komunis yang lain seperti Cuba dan Korea Utara kerana secara harfiahnya, demokratik sosialis ini menerima sebarang bentuk pemerintahan yang demokratik dan sah, bukannya melalui revolusi ataupun mentadbir secara authoritarian.
Apa yang menarik daripada fahaman demokratik sosialis ini ialah tentang bagaimana dalam fahaman ini menegaskan adalah menjadi tanggungjawab negara itu untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat secara sama rata melalui cara mengenakan cukai terhadap golongan jutawan. Itu mengingatkan penulis mengenai salah satu manifesto kempen Mamdani, di mana beliau berjanji akan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk New York dengan belanja operasi bas tersebut digunakan hasil daripada cukai yang dikenakan sebanyak 1% terhadap golongan jutawan.
Kemenangan Mamdani ini juga sebenarnya mencerminkan kemarahan masyarakat New York yang melihat kepada jurang perbezaan antara yang kaya serta miskin itu semakin jauh, dan lagi membuatkan orang ramai marah ialah di mana segelintir daripada elit Wall Street it terus mengaut keuntungan dan dikecualikan daripada membayar cukai manakala penduduk berpendapatan pertengahan serta rendah itu terus diselubungi dengan masalah kos sara hidup tinggi serta kenaikan harga sewa rumah yang tidak berpatutan.
Banyak lagi manifesto serta janji-janjinya yang ditawarkan oleh Mamdani kepada masyarakat New York Ketika berkempen iaitu, penjagaan kanak-kanak universal, membekukan kadar sewa, menyediakan rumah mampu milik serta mewujudkan pasar raya yang dikendalikan oleh bandar raya. Kalau kita fikirkan, itulah sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat marhaen.
Pengakhirannya, kemenangan Mamdani dalam pemilihan Datuk Bandar New York semalam sebenarnya bukanlah bahagian daripada kisah seorang ahli politik muda di Amerika, akan tetapi ianya juga merupakan salah satu bentuk penolakan rakyat terhadap politik wang dan ketakutan. Ia mengingatkan kita bahawa dalam setiap demokrasi, pertempuran antara jutawan dan marhaen itu masih belum selesai. Seperti mana yang pernah disebut oleh Mamdani dalam ucapannya Ketika berkempen sekitar dua atau tiga hari yang lalu, “Jutawan akan melakukan apa sahaja untuk membeli demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng demokrasi”.
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dari 2020 hingga 2023 baru-baru ini, terdapat peningkatan dalam penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah yang membimbangkan.
Revolusi Iran yang meletus pada tahun 1979 bukan sekadar satu peristiwa politik biasa, ia merupakan antara kebangkitan rakyat paling besar dalam sejarah abad ke-20 selain daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia bagi menjatuhkan Dinasti beraja yang telah perintah Iran selama 2,500 tahun.