November 01, 2024
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) menyelurusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport-MOT) terhadap penerusan inisiatif FLYSiswa; subsidi penerbangan bagi memelihara kebajikan Mahasiswa Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pembelajaran di Semenanjung Malaysia.
Inisiatif FLYSiswa 2024 ini telah diluluskan di dalam Belanjawan 2024 oleh YAB DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bagi membantu lebih dari 60,000 Mahasiswa IPTA, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik melibatkan Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Hal demikian ini, PKPIM tetap terus menyambut usaha baik MOT ini dan Mahasiswa boleh tebus terus inisiatif FLYSiswa bersasar bermula dari tanggal 2 Mei 2024 sehingga 30 November 2024.
PKPIM juga siap siaga menghulurkan tangan bersama MOT bagi memudahkan segala kebajikan pelajar menara gading di seluruh negara terutama melibatkan Pengangkutan Mesra Mahasiswa. Justeru, PKPIM menggesa MOT wujudkan pembentangan pelan tindakan jangka masa depan bertumpukan Mesra Mahasiswa dan Anak Muda serta diberikan 50 peratus diskaun pembayaran bagi Mahasiswa mengambil Lesen Belajar Memandu (LDL) secara bersyarat dan bersasar.
PKPIM berharap dengan inisiatif FLYSiswa dan Mesra Mahasiswa ini dapat mengurangkan beban golongan kurang mampu dan istimewa, natijahnya dapat memberikan keberlangsungan dalam menempuhi pembelajaran di peringkat nasional.
Hidup Biar Berjasa!!!
Muhamad Nazmi Bin Ab Rahim
Timbalan Presiden PKPIM
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman gencatan senjata terkini di Gaza, yang memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik yang berpanjangan. Namun, PKPIM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
Ramai kini bertindak seolah-olah menjadi hakim dan juri, menjatuhkan hukuman terhadap individu hanya berdasarkan satu video tular, satu ciapan tanpa konteks, atau kenyataan tanpa semakan.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
Pada 18 Julai 2024, beberapa ahli Parlimen telah melakukan bacaan doa qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini.