Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

100 Tahun Malcolm X: Dua Episod Kehidupan Yang Mencerahkan

muhamad adib ir... | PKPIM Pusat

August 18, 2025

Tahun 2025 menandakan genap satu abad kelahiran Malcolm X, satu nama yang kekal membakar semangat perjuangan, walaupun jasadnya sudah lama tiada. Dalam dunia yang masih dibelenggu oleh rasisme, ketidakadilan dan diskriminasi, perjuangan beliau tetap memberi makna dan relevan.

 

Malcolm bukan sekadar seorang aktivis, beliau adalah simbol perubahan diri, kekuatan ilmu, dan keberanian melawan arus. Hidupnya yang bermula dalam kegelapan penindasan dan berakhir dengan cahaya kesedaran penuh dengan pelajaran tentang makna pembebasan yang sebenar.

 

Dua episod penting dalam kehidupnya yang telah membentuk dan membebaskan beliau daripada belenggu kebencian, kejahilan dan semangat perkauman sempit. Dua episod inilah yang menjadikan Malcolm X sebagai tokoh yang bukan sahaja membela bangsanya, tetapi juga menyedarkan dunia akan nilai kemanusiaan tanpa sempadan.

 

Episod pertama kehidupannya yang signifikan untuk diceritakan adalah ketika beliau di dalam penjara. Dimana beliau melalui an intellectual enlightenment. Ketika beliau di penjara, beliau sering menerima surat dari ahli keluarganya untuk mengkaji tentang The Nation of Islam yang di pimpin oleh seseorang yang digelar sebagai “messenger for the black people” yang bernama The Honorable Elijah Muhammad. Beliau menulis surat kepada The Honorable Elijah Muhammad dan mendapat surat bertaip dari beliau dan keluarga yang telah membuat beliau sentiasa berfikir dan mendapat pengetahuan yang mencerahkan. 

 

Dari situ beliau belajar satu perkara yang sangat susah untuk beliau lakukan, iaitu sembahyang. Sepanjang kehidupannya, beliau hanya tunduk dan melutut hanya untuk membuka pintu untuk mencuri, tetapi kali ini beliau perlu tunduk dan melutut untuk mengakui dosanya. Katanya “for evil to bend its knees, admitting its guilt, to implore the forgiveness of God, is the hardest thing in the world. It's easy for me to see and to say that now. But then, when I was the personification of evil, I was going through it. Again, again, I would force myself back down into the praying-to-Allah posture. When finally I was able to make myself stay down, I didn't know what to say to Allah.”

 

Beliau ingin sekali untuk membalas perasaan yang dilalui beliau ketika menerima ‘Islam’ di dalam penjara kepada The Honorable Elijah Muhammad. Tetapi beliau tidak dapat mengekspresi perasaannya itu dalam bentuk penulisan yang baik. Walaupun beliau merupakan penjenayah yang licik dan paling berkarisma, kerana ramai yang akan dengar dan patuh pada beliau apabila beliau bercakap, tetapi beliau hanya mampu berbicara dalam African American Slang. Beliau kecewa kerana tidak mampu menulis walaupun dalam English yang mudah. 

 

Beliau juga berasa dengki dengan rakan sepenjaranya, Bimbi, kerana dia adalah seorang yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Sentiasa mengetuai perbincangan dan Malcolm X cuba untuk mencontohinya. Jadi, beliau bermula untuk membaca buku-buku di penjara. Namun banyak perkataan yang beliau tidak fahami dan menyebabkan beliau tidak faham sepenuhnya apa yang dibaca.

 

Oleh itu, langkah yang diambil oleh beliau adalah dengan mempelajari kamus. Dua hari beliau menyelak helaian-helaian mukasurat kamus itu dengan perasaan yang penuh takjub kerana sedar akan betapa banyak perkataan yang wujud yang masih beliau tidak tahu. Maka beliau memilih untuk menyalin setiap helaian mukasurat kamus itu walaupun beliau tidak pandai menulis dengan baik. Dari itu, beliau menyalin dan membacanya dengan kuat siang dan malam. Dengan menyalin kamus itu semula, beliau mempelajari tentang masyarakat, tempat dan peristiwa-peristiwa sejarah. 

 

Setelah beliau menyalin semua isi yang ada dalam kamus dan mahir membaca dan menulis, beliau mula untuk membaca buku. Katanya “Anyone who has read a great deal can imagine the new world that opened. Let me tell you something: from then until I left that prison, in every free moment I had, if I was not reading in the library, I was reading on my bunk. You couldn't have gotten me out of books with a wedge. Between Mr. Muhammad's teachings, my correspondence, my visitors usually Ella and Reginald and my reading of books, months passed without me even thinking about being imprisoned. In fact, up to then, I never had been so truly free in my life”

 

Ini adalah satu peristiwa penting dalam hidupnya yang memberi makna yang besar kepada intelektualnya. Dari sini beliau mula mahir dengan kemahiran berkomunikasi dan berfikir iaitu logic, grammar dan rhetoric. Kemahiran inilah yang membuat beliau digelar sebagai The Dangerous Thinker.

 

Episod kedua yang signifikan dalam hidupnya adalah ketika beliau mula mengembara untuk menunaikan haji. Beliau sangat terkejut dengan layanan orang-orang Islam terhadapnya di sepanjang perjalanannya. Beliau terkejut kerana beliau diberi peluang untuk berada di cockpit pesawat oleh juruterbang berasal dari Mesir dan Saudi kerana beliau adalah jemaah haji yang pertama dari Amerika. Beliau juga teramat terkejut apabila kedua-dua juruterbang itu lebih gelap kulitnya dari beliau. Katanya “The co-pilot was darker than he (pilot) was. I can't tell you the feeling it gave me. I had never seen a black man flying a jet”. 

 

Ketika beliau di Mekkah beliau terkejut dengan semua manusia yang pelbagai bangsa, warna dan budaya berkumpul untuk tujuan yang sama iaitu membesarkan Tuhan yang Esa. Beliau juga belajar cara solat yang benar dan tepat walaupun beliau belum mahir dengan bahasa Arab dan belum menghafal mana-mana ayat Al-Quran yang mudah. Kerana dalam The Nation of Islam, mereka tidak solat sebagaimana solatnya orang-orang Islam yang sunni. 

 

Katanya “"During the past eleven days here in the Muslim world, I have eaten from the same plate, drunk from the same glass, and slept in the same bed (or on the same rug) while praying to the same God with fellow Muslims, whose eyes were the bluest of blue, whose hair was the blondest of blond, and whose skin was the whitest of white. And in the words and in the actions and in the deeds of the 'white' Muslims, I felt the same sincerity that I felt among the black African Muslims of Nigeria, Sudan, and Ghana.

 

Pengembaraan beliau untuk melaksanakan Haji penuh dengan hikmah dan pelajaran yang tidak dimuatkan dalam penulisan ini. Tetapi pandangan beliau terhadap rasisme berubah sepenuhnya. Dan beliau percaya bahawa Amerika perlu menerima Islam untuk menyelesaikan masalah rasisme yang runcing di negara tersebut. "I could see from this, that perhaps if white Americans could accept the Oneness of God, then perhaps, too, they could accept in reality  the Oneness of Man and cease to measure, and hinder, and harm others in terms of their 'differences' in color”. Sepulangnya beliau dari mengerjakan haji, beliau menubuhkan Organization of Afro-American Unity (OAAU) yang bukan sahaja memperjuangan hak-hak mereka yang berkulit hitam, tetapi beliau memperjuangkan hak-hak semua umat manusia yang tertindas tanpa mengira warna kulit, bangsa dan sepadan. 


 

Itulah dua episod kehidupan beliau yang memberi cahaya kepada beliau dan kepada sekian para pembaca. Inilah perjuangan yang benar yang membawa nilai yang sangat berharga iaitu kemanusiaan tanpa sempadan. Semoga Allah merahmati beliau sentiasa, Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz.


 

Hidup Biar Berjasa!



 

Bacaan Lanjut !

Image Description

PKPIM Mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada semua!

Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM MENGECAM TINDAKAN CADANGAN DONALD TRUMP MEMINDAHKAN RAKYAT PALESTIN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

Harga Sebuah Maksiat

Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.

Image Description
ARIENA ATIQAH BINTI... | PKPIM Pusat
Image Description

Revolusi Iran 1979: Ketika Rakyat Bangkit Menjatuhkan Raja

Revolusi Iran yang meletus pada tahun 1979 bukan sekadar satu peristiwa politik biasa, ia merupakan antara kebangkitan rakyat paling besar dalam sejarah abad ke-20 selain daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia bagi menjatuhkan Dinasti beraja yang telah perintah Iran selama 2,500 tahun.

Image Description
Nur muhammad naufal... | PKPIM PERLIS
Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM CONDEMNS TRUMP'S PROPOSAL TO RELOCATE PALESTINIANS

The National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) strongly condemns Donald Trump's recent statement and proposal suggesting the relocation of Palestinians from Gaza to neighbouring countries such as Egypt and Jordan. This proposal is not only irresponsible but also violates human rights,

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat