February 24, 2025
Baru-baru ini satu isu telah berlaku di negara Thailand tentang isu penghantar makanan yang menikam pengawal keselamatan kerana mengamuk tempahan makanan dibatalkan saat akhir, isu ini jika dibaca dengan singkat, sememangnya kita akan menyalahkan penghantar makanan tersebut kerana telah pun melakukan perbuatan menikam orang yang tidak bersalah.
Menurut daripada kisah tersebut, penghantar makanan tersebut menerima satu tempahan makanan dan menghantar makanan tersebut di alamat yang sudah tertera di telefon bimbitnya, tetapi sesampai sahaja dia disitu, tempahan itu telah dibatalkan secara tiba-tiba, disebabkan terlalu marah, penghantar makanan tersebut melakukan suatu perbuatan yang kejam dengan menikam pengawal keselamatan yang berada di situ.
Secara logiknya , betul jika kita mengatakan yang salah adalah penghantar makanan tersebut kerana MENIKAM orang yang tidak bersalah, bagaimana pula dengan orang yang batalkan tempahan sesudah sahaja penghantar makanan tersebut, tiba di tempat yang telah ditetapkan?, siapakah yang akan membayar makanan tersebut? dan siapa yang rugi di dalam situasi ini?.
Kita perlu faham, hidup pada zaman kini penuh dengan dugaan dan cabarannya, tidak sepatutnya perkara ini harus dipermainkan, setiap orang itu mencari hasil buat diri mereka dengan melalui titik peluh mereka sendiri, apatah lagi jika sudah berkahwin, dan mempunyai anak, sebagai seorang manusia, kita perlu berfikir secara rasional , sekiranya kita di tempat penghantar makanan tersebut, apakah yang bakal kita lakukan?.
Kerana itulah kita harus menjaga akan cara dan adab kita, apatah lagi sesama manusia, kerana daripada adab ini akan melahirkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat,sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 90 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji lagi mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya."
Oleh itu, kita mestilah berpegang teguh pada nilai-nilai hormat, kesopanan, dan empati. Ini termasuk berbicara dengan lemah lembut, mendengar dengan penuh perhatian, serta mengelakkan kata-kata yang menyakitkan hati. Selain itu, kita harus mengamalkan sikap tolong-menolong, bersikap jujur, dan menghindari prasangka buruk. Dengan mengutamakan keadilan dan kasih sayang dalam setiap interaksi, kita dapat membina hubungan yang harmoni dan memperkukuh perpaduan dalam masyarakat.
Dengan mengamalkan adab dan nilai murni, kita mampu membentuk masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan kesejahteraan.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD KHALIL BIN SAAT
Exco Antarabangsa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Dalam hidup, kita sering memilih antara rasional atau emosional. Rasional berpandukan logik, manakala emosional berasaskan perasaan. Kedua-duanya penting - rasional memastikan ketepatan, sementara emosi membina hubungan. Islam menekankan wasatiyyah, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Revolusi Iran yang meletus pada tahun 1979 bukan sekadar satu peristiwa politik biasa, ia merupakan antara kebangkitan rakyat paling besar dalam sejarah abad ke-20 selain daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia bagi menjatuhkan Dinasti beraja yang telah perintah Iran selama 2,500 tahun.
PKPIM merujuk kepada insiden tragis yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan mahasiswi UPSI sebagai peringatan bahawa keselamatan wanita masih terancam di mana-mana.
PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.