Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

PKPIM MENGECAM TINDAKAN CADANGAN DONALD TRUMP MEMINDAHKAN RAKYAT PALESTIN

MUHAMMAD DZUL A... | PKPIM Pusat

January 28, 2025

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi
manusia, undang-undang antarabangsa, dan prinsip kedaulatan tanah air Palestin.


PKPIM memandang perkara ini merupakan penjajahan moden yang tidak bermoral yang akan menambah penderitaan rakyat Palestin serta mengulangi tragedi hitam “Nakba” pada tahun 1948.


PKPIM menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak kekal di tanah air mereka seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penyelesaian konflik Palestin-Israel haruslah berdasarkan prinsip keadilan dan kedaulatan tanah, bukan melalui pemindahan paksa yang menghapuskan identiti rakyat Palestin.


Donald Trump yang terus mempromosikan dasar berat sebelah dan tindakan provokatif dengan menyokong rejim Zionis nyata bercanggah dengan aspirasi masyarakat antarabangsa yang mengimpikan keamanan sejagat.


PKPIM menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan tegas dalam menolak cadangan tersebut bagi memastikan keamanan dan hak keadilan buat Palestin terus terbela.


Hidup Biar Berjasa!

 

MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY

Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Bacaan Lanjut !

Image Description

Prof. Dr. Jasser Auda: Sarjana Islam Kontemporari dan Tafsir Maqasidi

Artikel ini membincangkan sumbangan Prof. Dr. Jasser Auda, seorang sarjana Islam kontemporari yang terkenal dalam bidang Maqasid al-Shariah dan pemikiran Islam moden. Fokus utama kajian ini adalah pendekatan Tafsir Maqasidi, yang menekankan hikmah dan tujuan syariah dalam memahami al-Quran.

Image Description
AMIR FIRHAN BIN ROSL... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

MEMPERKASA DEMOKRASI: PKPIM MENYAMBUT BAIK PINDAAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 & JAMINAN HAK MAHASISWA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 Akta 736.

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

Dungu seorang menteri

Tiada kata lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan sikap yang ditampilkan oleh seorang menteri dalam insiden baru-baru ini selain daripada kedunguan dalam berurusan dengan media.

Image Description
Nur muhammad naufal... | PKPIM PERLIS
Image Description

"Kita selisih bukan kerana diri sendiri, tetapi tentang kebaikan untuk dakwah ini".

Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.

Image Description
MUHAMMAD KHALIL BIN... | PKPIM Pusat
Image Description

SPM DITERUSKAN: PKPIM MENYERU RAKYAT BERTENANG, PRIHATIN MANGSA BANJIR

Persatuan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sentiasa cakna terhadap isu pendidikan, khususnya yang melibatkan pelajar sekolah, lebih-lebih lagi dalam situasi mencabar seperti bencana banjir. PKPIM turut berasa simpati dan komited untuk memberikan sokongan kepada pelajar serta mahas

Image Description
Muhammad Irsyad bin... | PKPIM Pusat