February 25, 2025
Setiap pertambahan umur, kita sentiasa didendangkan dengan kata-kata bahawa pertambahan umur ini mendekatkan kita pada Allah. Namun, untuk mendekati-Nya pelbagai liku maksiat yang kita lalui. Perjalanan di usia ini mengingatkan semua pada kisah umat terdahulu dalam Hadis Nabi SAW yang berbunyi:
" كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ، فَأَتَاهُ فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لَا، فَقَتَلَهُ، فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً، ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ، فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ؟ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا، فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللهَ فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ، وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ، فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ، فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ، فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ، فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ، وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْملْ خَيْرًا قَطُّ، فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ، فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ، فَقَالَ: قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ، فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ، فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ، فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ "
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim, bilangan 2766)
Kisah seorang umat terdahulu yang membunuh 100 orang untuk mencari kebenaran. Membawa satu persoalan yang tidak ditemukan jawapan iaitu 'Aku telah membunuh untuk kesekian kali. Layakkah aku bertaubat?' hinggalah ditemukan dengan seorang lelaki berilmu yang membenarkan dengan menunjukkan sisi Islam yang indah di suatu tempat.
Harga sebuah maksiat melekakan kita ke satu tempat yang tidak menemui lampu merah. Amaran bahawa dosa ini melampau. Lakumu ini melampau. Katamu ini melampau. Pendengaranmu ini melampau. Melekakan sehingga kita tidak lagi mampu membeza putih dan hitam. Pandangan kaca mata hanya terlihat kelabu.
Harga kemaksiatan yang dilakukan bukan sekadar dosa. Maksiat merosakkan akhlak dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya dijunjung. Setiap perbuatan maksiat membawa akibat yang menyakitkan dan menyedihkan. Apakah yang lebih menyedihkan tentang hakikat maksiat kalau bukan kabur penglihatannya dari memenuhi ruang taubat yang Dia sentiasa buka pada hamba-Nya. Setiap saat 'kenikmatan' maksiat itu membawa keseronokan dan kebahagiaan hingga hakikat sebuah maksiat ini terlalu pahit ditelan. Keberkatan hidup hilang. Lalu, menjerumus diri ke lubang-lubang neraka. Sadisnya. Harga sebuah maksiat ini bukan pada diri tetapi masyarakat sekeliling yang akan semakin keliru dan pusing.
Konklusi harga sebuah maksiat ini bukan sekadar nilai mata wang yang dikeluarkan pada setiap keasyikan. Harga sebuah maksiat dibayar dengan kerugian yang tidak terhitung bahkan ternilai. Kerugian yang merosakkan diri dan masyarakat. Kembalilah pada-Nya. Pintu Rahmat ini dibentang oleh-Nya seluas alam. Hutang kemaksiatan hanya terbayar oleh bibit doa dan kesungguhan dalam taubat seorang hamba.
Wallahualam.
Ariena Atiqah,
PEPIAS | Exco PKPIM
(Tulisan diilhamkan dengan
perjalanan menuju Maghrib
semasa KPO & Persidangan Selari 2025)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi
The National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) strongly condemns Donald Trump's recent statement and proposal suggesting the relocation of Palestinians from Gaza to neighbouring countries such as Egypt and Jordan. This proposal is not only irresponsible but also violates human rights,
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
Artikel ini membincangkan sumbangan Prof. Dr. Jasser Auda, seorang sarjana Islam kontemporari yang terkenal dalam bidang Maqasid al-Shariah dan pemikiran Islam moden. Fokus utama kajian ini adalah pendekatan Tafsir Maqasidi, yang menekankan hikmah dan tujuan syariah dalam memahami al-Quran.
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh
Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.