Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

PKPIM DESAK KK MART HORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM: ISU SANDWICH “HAM DAN CHEESE” PERLU PENJELASAN SEGERA

muhamad adib ir... | PKPIM Pusat

January 14, 2025

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich "Ham dan Cheese" oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkara ini menjadi sensitif memandangkan istilah "Ham" lazimnya dikaitkan dengan produk berasaskan daging khinzir, yang diharamkan dalam Islam dan syarikat penghasil produk tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

PKPIM ingin mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama KK Mart terpalit dengan isu berkaitan ketidakpekaan terhadap sensitiviti agama Islam dan menganggap perkara ini sebagai satu bentuk kecuaian yang serius, yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar tidak menimbulkan keresahan berulang dalam kalangan umat Islam. PKPIM ingin menegaskan beberapa perkara seperti berikut:

 

  1. KK Mart sebagai salah satu rangkaian peruncitan utama di Malaysia perlu lebih peka terhadap sensitiviti agama, terutamanya dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Penggunaan istilah "Ham" dalam produk makanan, walaupun mungkin merujuk kepada daging halal seperti ayam atau lembu, boleh menimbulkan kekeliruan dan kekhuatiran.

     

  2. ⁠PKPIM mendesak KK Mart untuk memberikan penjelasan segera mengenai penjualan produk daripada syarikat yang tidak mempunyai SPHM dijual di beberapa premis mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, produk itu juga mempunyai logo halal yang dicetak di bungkusan tersebut. Ini merupakan suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

     

  3. PKPIM menuntut pihak KK Mart untuk memperketatkan pematuhan kepada piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk mendapatkan pengesahan sijil halal yang sah bagi semua produk yang dijual. Langkah ini penting untuk memelihara kepercayaan pengguna dan menjamin hak pengguna Muslim di negara ini.

     

  4. ⁠PKPIM juga menyeru JAKIM dan KPDN untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berkaitan halal.

 

PKPIM komited untuk terus membela hak dan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia serta menyeru semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran tempatan mematuhi nilai dan prinsip masyarakat setempat.
 

HIDUP BIAR BERJASA


MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Bacaan Lanjut !

Image Description

PKPIM MENYERU MAHASISWA BERWASPADA DENGAN IDEOLOGI EKSTREMISME AGAMA

Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

Antara Punca Peningkatan Jangkitan HIV Dalam Kalangan Pelajar

44% jangkitan HIV melibatkan belia 20-29 tahun akibat seks bebas, dipengaruhi media sosial, aplikasi janji temu, salah faham risiko HIV dan normalisasi budaya hedonistik. Pendidikan, bimbingan dan kesedaran perlu diperkasa untuk menyelamatkan generasi masa depan.

Image Description
muhamad adib irfan b... | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PELIHARA KEHARMONIAN NEGARA, PKPIM GESA PIHAK BERWAJIB AMBIL TINDAKAN SEGERA

Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada semua!

Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

APABILA JARI JADI PEDANG: FITNAH DI ALAM MAYA

Ramai kini bertindak seolah-olah menjadi hakim dan juri, menjatuhkan hukuman terhadap individu hanya berdasarkan satu video tular, satu ciapan tanpa konteks, atau kenyataan tanpa semakan.

Image Description
MUHAMMAD KHALIL BIN... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Sambut Baik Keputusan Universiti Awam Menangguhkan Kutipan Yuran daripada Pelajar Miskin dan Daif

Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat