November 01, 2024
PKPIM telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkenaan bantahan terhadap hukuman gantung 6 pesalah berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Kami tidak bersetuju terhadap bantahan ini & alasan-alasan yang dikemukakan bahawa hukuman mati bukan penyelesaian yang berkesan atau adil.
Hukuman gantung sampai mati yang telah dikeluarkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Yang Arif Datuk Hadhariah Syed Ismail di Mahkamah Rayuan itu adalah berdasarkan sebab-sebab yang munasabah, di mana pelaku secara kejam telah menyebabkan kematian si mati. Tiada tindakan serta-merta oleh pesalah-pesalah untuk menyelamatkan rakan pengajian mereka yang telah diseksa dengan 90 kesan lecur akibat tekapan seterika wap, walaupun si mati telah menjerit kesakitan. Malah mereka telah mengikat si mati supaya tidak dapat bergerak, dan menyembunyikan beliau supaya tidak diketahui oleh pihak atasan.
Jenayah ini yang berpunca dari pengaruh buli & kepercayaan karut tidak berasas telah meragut nyawa orang tidak bersalah. Hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah bertujuan menghenti perbuatan kejam sebegini daripada berulang, dan kami menyokong pernyataan Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa kes sebegini amat jarang berlaku &
kezalimannya amat berbahaya kepada masyarakat. Pengaruh buli yang berlaku dalam kalangan pelajar universiti atau sekolah perlu dihentikan seawalnya, kerana perbuatan jenayah bermula dari sekecil-kecil niat jahat.
Kami yakin bahawa Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan setelah dibuktikan oleh pihak pendakwaan akan perbuatan jenayah pesalah, telah menilai melampaui keraguan munasabah beyond reasonable doubt bahawa keputusan untuk menjatuhkan hukuman gantung ialah keputusan yang adil, bukan sahaja untuk menghukum pesalah tetapi menetapkan undang-undang mengikat judicial precedent demi kesejahteraan masyarakat.
AIRIN HAFIZAH BINTI KHUSAINI
Bendahari
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas menolak sebarang usaha yang mencabuli kedaulatan wilayah Palestin, khususnya tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa merancang untuk menduduki Gaza. Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip undang-undang
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.
Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.