November 01, 2024
PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air yang telah melibatkan beberapa kampus antaranya Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan lain-lain.
Rentetan krisis air ini telah dikenal pasti oleh YB Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke beberapa Institut Pendidikan Tinggi. Sikap dan tindakan oleh YB wajar dipuji sebagai menteri dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terjamin.
Namun begitu, PKPIM menggesa agar pihak bertanggungjawab perlu bertindak segera bagi menangani isu ini demi kebajikan mahasiswa antaranya:
1. Mengenal pasti dan meneliti permasalahan krisis air di kampus serta membentangkan pelan tindakan pantas kepada pihak universiti bagi menyelesaikan isu ini.
2. Memberi ruang dan membenarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hibrid di kampus-kampus yang terkesan.
3. Memastikan pihak pengurusan universiti-universiti menyediakan inisiatif bagi memastikan krisis air di kampus dapat dielakkan.
PKPIM menyeru agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini demi menjaga kebajikan mahasiswa demi keharmonian serta merealisasikan universiti sebagai tempat kondusif untuk pelajar.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMAD NAZMI BIN ABD RAHIM
Timbalan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.
Hidup di zaman penuh cabaran memerlukan kita bersikap rasional dan memahami kesusahan orang lain. Menjaga adab dan hormat sesama manusia adalah kunci keharmonian, sebagaimana dinyatakan dalam Surah An-Nahl ayat 90.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dari 2020 hingga 2023 baru-baru ini, terdapat peningkatan dalam penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah yang membimbangkan.
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.